RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan Hai terjatuh selepas dilanggar sebuah kereta yang sedang mengundur.
RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan Hai terjatuh selepas dilanggar sebuah kereta yang sedang mengundur.

Fuzhou (China): Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dianggap budak ajaib apabila terselamat dan tidak cedera selepas digilis kereta, baru-baru ini.

Kejadian berlaku apabila kanak-kanak itu, Xiao Hai berdiri di lorong berhampiran rumahnya sebelum kereta yang dipandu seorang lelaki tiba-tiba mengundur.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan pemandu itu mengundurkan keretanya dan terus melanggar Hai hingga terjatuh.

Lebih mengejutkan, tayar belakang dan hadapan kenderaan berkenaan dilihat menggilis kanak-kanak itu.

Pemandu kereta itu dilaporkan tidak menyedari dia melanggar Hai dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Beberapa saat selepas dilanggar, Hai dilihat bangun sebelum seorang pemilik kedai berhampiran datang dan mendukungnya.

Ibu Hai terus membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan dan terkejut apabila doktor memberitahu kanak-kanak itu tidak cedera. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:04 AM