BUDAK malang itu dipercayai terjatuh daripada kontena sebelum tercucuk batang besi. FOTO ihsan bomba
BUDAK malang itu dipercayai terjatuh daripada kontena sebelum tercucuk batang besi. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera selepas tercucuk besi di bahagian pinggulnya sebelum berjaya dipotong pihak bomba dalam kejadian di Jalan Sungai Sering, Taman Ukay Indah, Ampang, di sini, jam 4.10 petang tadi.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Ahmad Kamal berkata, kanak-kanak lelaki itu dipercayai bermain berseorangan di kawasan perumahannya yang turut mempunyai sebuah kontena yang ditinggalkan berhampiran taman perumahan itu.

Beliau berkata, kanak-kanak malang itu dipercayai terjatuh daripada kontena itu sebelum tercucuk batang besi dan menyebabkan pihaknya mengambil masa lima minit untuk memotong besi berkenaan.

"Kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak mereka terutama bila bermain di kawasan yang berisiko tinggi mendatangkan bahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 7:54 PM