ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemui jam 6.30 petang pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

"Usaha mencari dan menyelamat mangsa kedua, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu dikatakan bermain air di kawasan longkang sebelum tergelincir dan dihanyut arus.

Berita berkaitan:

  • Dua kanak-kanak jatuh longkang dikhuatiri lemas
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2023 @ 7:15 PM