Oleh ohd Rizal Abdullah


Serdang: Polis memburu dua lagi suspek berkaitan kes samun van keselamatan membabitkan nilai hampir RM2 juta di Taman Equine, Sri Kembangan pada 27 Oktober lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, polis percaya baki kira-kira RM700,000 wang samun itu disimpan oleh kedua suspek.

"Polis yakin kedua suspek masih berada di dalam negara," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Serdang di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM1.1 juta sudah ditemui di Felda Semarak Pahang sehari selepas kejadian itu.

"Polis turut menahan seorang suspek berusia 34 tahun di kawasan itu dipercayai kenalan kepada empat pengawal keselamatan yang ditahan," katanya.

Menurutnya, tiga daripada suspek iaitu seorangyang ditahan di Pahang dan dua pengawal keselamatan sudah dituduh mengikut Seksyen 408 dan 411 Kanun Keseksaan.

"Dua lagi pengawal keselamatan kini menjadi saksi bebas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:27 PM