ADNAN (dua dari kanan) menunjukkan wang tunai yang dijumpai di FELDA Semarak, Pahang.
ADNAN (dua dari kanan) menunjukkan wang tunai yang dijumpai di FELDA Semarak, Pahang.
Oleh Mohd Rizal Abdullah


Serdang: Polis kini masih memburu dua lagi individu yang diyakini menyimpan baki wang RM800,000 yang dirompak dari sebuah van keselamatan di Taman Equine, Seri Kembangan di sini, pada 27 Oktober lalu.

Setakat ini polis menemui semula wang RM1.1 juta dari keseluruhan RM2 juta yang dilarikan penjenayah terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dua suspek dikehendaki itu dipercayai rakan kepada empat pengawal keselamatan van dirompak dan seorang suspek yang ditahan polis sebelum ini.

Menurutnya, polis percaya baki wang RM800,000 ada bersama dua suspek terbabit.

“Polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang dipercayai masih berada di dalam negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:11 AM