GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi


Miri: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dilaporkan hilang ketika menjalankan rondaan di hulu Baram, malam tadi ditemui meninggal dunia hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian mereka.

"Kedua-duanya telah dijumpai dan meningggal dunia dan dihantar ke Hospital Miri," katanya ringkas dalam maklumbalas menerusi aplikasi Whatsapp, sebentar tadi.

Terkini

  • Anggota PGA dihanyut arus dikenal pasti
  • Mangsa berjalan di kawasan cetek sebelum dihanyutkan
  • Anggota PGA dan polis bantuan maut dipercayai dihanyutkan kepala air
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 6:06 PM