BRENDAN (kiri) bersama jurulatih Malaysia XI, Dollah Salleh pada sidang media sempena Jelajah Liverpool 2015. FOTO Osman Adnan
BRENDAN (kiri) bersama jurulatih Malaysia XI, Dollah Salleh pada sidang media sempena Jelajah Liverpool 2015. FOTO Osman Adnan
PEMAIN Liverpool, Nathaniel Clyne (kiri), Alberto Moreno dan Lazar Markovic (kanan) pada sesi bertemu peminat sempena Jelajah Pra-Musim 2015  di pusat membeli belah Mid Valley, Kuala Lumpur. FOTONur Adibah Ahmad Izam

Oleh Ferzalfie Fauzi & Mohd Firdaus Hashim

Subang: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui gembira berkunjung ke negara ini untuk jelajah pra-musim dan tidak sabar untuk berdepan Pilihan Malaysia Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita akan menikmati setiap masa sepanjang berada di sini dan pertemuan dengan Pilihan Malaysia sangat penting buat kami untuk mempersiapkan pasukan menjelang musim baru," katanya dalam sidang media di Hotel Saujana hari ini.

Rodgers juga mengakui perlawanan pra-musim adalah saat terbaik untuk menguji tahap kecergasan pemain dan membentuk persefahaman mantap terutama pemain yang baru dibeli.

"Kunjungan ke Malaysia juga sangat penting terutama untuk menghargai sokongan peminat Liverpool dan juga Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

The Reds tiba semalam dari Australia dan perlawanan Jumaat ini akan berlangsung pada 8.45 malam, Jumaat ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 5:47 PM