1. SEDIAKAN semua bahan.
1. SEDIAKAN semua bahan.
2. MASUKKAN semua bahan A dalam bekas.
2. MASUKKAN semua bahan A dalam bekas.
3. GAUL semua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau sehingga likat.
3. GAUL semua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau sehingga likat.
4. BANCUHAN yang sudah siap disejukkan.
4. BANCUHAN yang sudah siap disejukkan.
5. DALAM bekas lain, masukkan air panas ke dalam serbuk jeli dan kacau sehingga larut. sejukkan dalam peti sejuk hingga keras.
5. DALAM bekas lain, masukkan air panas ke dalam serbuk jeli dan kacau sehingga larut. sejukkan dalam peti sejuk hingga keras.
6. POTONG dadu kek gulung lapis.
6. POTONG dadu kek gulung lapis.
7. MASUKKAN kek yang dipotong dalam gelas atau mangkuk kaca.
7. MASUKKAN kek yang dipotong dalam gelas atau mangkuk kaca.
8. KEMUDIAN, masukkan jeli di atas lapisan kek.
8. KEMUDIAN, masukkan jeli di atas lapisan kek.
9. TUANG bahan a ke atas lapisan seterusnya.
9. TUANG bahan a ke atas lapisan seterusnya.
10. KEMUDIAN, taburkan buah pic di atasnya.
10. KEMUDIAN, taburkan buah pic di atasnya.
11. MASUKKAN puding trifle ke dalam peti sejuk sebentar dan siap untuk dimakan.
11. MASUKKAN puding trifle ke dalam peti sejuk sebentar dan siap untuk dimakan.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Selepas sebulan menunaikan ibadat puasa, Syawal menjelma dan tiba masanya ia dirai oleh kaum keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Pastinya pelbagai jemputan rumah terbuka dilakukan bertujuan meraikan sahabat handai dan taulan berkunjung ke rumah.

Pelbagai hidangan disediakan bagi meraikan tetamu yang lazimnya datang beramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan.

Perkara lazim dilihat pada acara sebegini adalah juadah memenuhi meja utama kerana acara seperti rumah terbuka ini kebiasaannya membabitkan sesi makan dan beramah mesra antara tuan rumah dan tetamu.

Selain kuih-muih dan biskut raya, pemanis mulut turut menjadi hidangan pilihan. Kek cawan, agar-agar dan puding antara yang paling mudah disediakan kerana ia tidak mengambil masa lama untuk disiapkan.

Tidak terkecuali, puding trifle yang lemak berkrim, tetapi tidak terlalu manis. Kombinasi lapisan warnanya yang menarik pasti membuatkan sesiapa saja tidak sabar mencubanya.

Justeru, puding trifle pic yang dihidangkan sejuk boleh disajikan ketika mengadakan majlis rumah terbuka.

Pengusaha kuih-muih, Nor Ripah Abas, 55, menunjukkan cara menyediakan hidangan yang menyelerakan dan amat mudah dilakukan ini.

BAHAN A:

- 2 cawan tepung kastard

- 1 biji telur (kuning saja)

- Setengah cawan gula (ikut kesukaan)

- 1 cawan air panas

- Setengah sudu serbuk agar-agar

- 1 cawan susu cair

BAHAN LAIN:

- Kek gulung (jenis kek ikut kesukaan)

- 1 tin buah pic

- 1 bungkus serbuk jeli

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 9:42 AM