FOTO hiasan
FOTO hiasan
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Kulaijaya: Seorang lelaki berusia 47 tahun maut selepas ditembak oleh individu tidak dikenali dalam kejadian dihadapan sebuah rumah di Kampung Sepakat Baru Senai di sini, petang ini.

Kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan mangsa, A Sriraman yang terkena beberapa das tembakan mati akibat mengalami kecederaan parah.

Difahamkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kulaijaya dekat sini, oleh ahli keluarganya dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Sementara itu polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan termasuk mencari motif kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 8:19 PM