TIGA remaja maut selepas Perodua Bezza dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Lebuhraya Senai-Desaru dekat Kilometer 50.1 menghala ke Bandar Penawar, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
TIGA remaja maut selepas Perodua Bezza dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Lebuhraya Senai-Desaru dekat Kilometer 50.1 menghala ke Bandar Penawar, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Omar Ahmad


Kota Tinggi: Tiga rakan maut selepas Perodua Bezza yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Lebuhraya Senai-Desaru dekat Kilometer 50.1 menghala ke Bandar Penawar, di sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Izwani Abd Hamid berkata mangsa maut dikenali sebagai Iqbal Faiz Mat Sah, 20, Nurul Afrahrina Sazli, 19 dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19.

Manakala seorang lagi penumpang kenderaan sama Izznur Harith, 19, cedera parah.

"Bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan pada jam 1.43 petang, berhubung kemalangan tiga kenderaan membabitkan sembilan mangsa itu.

"Kemalangan itu membabitkan tiga kereta iaitu Perodua Bezza, Toyota Inova dan Volkswagen.

"Terdapat empat orang mangsa cedera ringan dari kenderaan Toyota Inova. Pemandu Volkswagen pula selamat. Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa tersepit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan.

Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 6:51 PM