RESTORAN yang diserbu pegawai PDNKK Negeri Sembilan. FOTO Hazreen Mohamad
RESTORAN yang diserbu pegawai PDNKK Negeri Sembilan. FOTO Hazreen Mohamad
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Restoran yang beroperasi 24 jam di Dataran Senawang, di sini diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Negeri Sembilan, hari ini berikutan mengenakan harga tidak menentu sepanjang Aidilfitri.

Jurucakap PDNKK negeri berkata, restoran itu mengenakan caj RM4 bagi dua telur separuh masak dan 60 sen untuk air suam.

"Pihak kami menerima aduan menyerbu premis ini dan mendapati mereka mengenakan caj yang tinggi," katanya.

Menurutnya, sehubungan itu dua kompaun diberikan terhadap pemilik premis.

Sebelum ini tersebar di media sosial mengenai tindakan melampau pemilik restoran terbabit yang mengenakan caj tinggi terhadap pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 1:36 PM