ANGGOTA polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri mengangkat mayat mangsa (gambar kecil). FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
ANGGOTA polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri mengangkat mayat mangsa (gambar kecil). FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Remaja maut manakala seorang lagi parah apabila terbabit dalam kemalangan motosikal dan kereta di jalan lama Melaka-Merlimau dekat Kandang, di sini, kira-kira 8 malam tadi.

Muhammad Azmil Abdullah, 19, beralamat di Kampung Tedong, Merlimau, Jasin, maut di tempat kejadian, manakala rakannya dikenali sebagai Fikri, 19, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, kedua-dua mangsa menaiki motosikal datang dari arah Melaka untuk pulang ke rumah di Kampung Tedong, Merlimau, sebelum terbabas gara-gara ingin mengelak daripada melanggar kereta yang dipercayai membuat pusingan u secara tiba-tiba di hadapan restoran.

Begitupun, penduduk kampung mendakwa, kereta terbabit tidak berhenti untuk memberi bantuan kepada mangsa yang terlantar di bahu jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 5:57 AM