FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang wanita berusia 41 tahun kini dalam keadaan kritikal dan terpaksa dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas ditetak bertalu-talu oleh bekas suami kedua, berhampiran rumah sewanya di Kampung Paya Goyang, Tedong, Merlimau, Jasin, di sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi tadi, dipercayai mangsa sedang berbual dengan anak lelakinya, sebelum tiba-tiba suspek, bekas suami berusia 52 tahun, menerjah masuk rumah dan mengambil parang pemotong daging di dapur lalu mengarahkan mangsa dan tiga anaknya keluar dari rumah dan menaiki motosikal berlima.

Suspek membawa mangsa dan anak-anak sejauh kira-kira 1 kilometer ke ladang kelapa sawit sebelum dipercayai menetak mangsa bertubi-tubi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, akibat tetakan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan serius.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Jasin bertindak segera memburu mangsa di Negeri Sembilan, sebelum menahan suspek di Felda Bukit Puchong, Bera, Pahang, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Caption: KEADAAN mangsa ditetak di bahagian kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki. FOTO Ihsan Pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 3:49 PM