FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di tangga Masjid Kampung Alai, Melaka Tengah, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, bayi lelaki berkenaan dijumpai seorang jemaah yang kebetulan berada di masjid berkenaan.

Sumber polis berkata, bayi berkenaan diletakkan di dalam bakul plastik sebelum ditinggalkan di atas tangga masjid.

"Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan antara dua hingga tiga hari lalu dan dibungkus menggunakan kain putih.

"Turut ditemui dalam bakul itu adalah botol susu serta puting," katanya.

Jemaah berkenaan hanya menyedari kehadiran bayi itu apabila terdengar tangisannya, bayi itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:37 PM