Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat seorang lelaki warga emas. FOTO Azahar Hashim
Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat seorang lelaki warga emas. FOTO Azahar Hashim
Azahar Hashim


Kulim: Mayat lelaki warga emas berusia 66 tahun yang dilaporkan hilang Selasa lalu ditemui orang awam di sebuah rumah kosong di Jalan Raya Kulim, di sini, bersebelahan Pejabat Pos Kulim, 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu.

Katanya, orang awam kemudian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan mengenai penemuan itu dan pemeriksaan anggota polis mendapati mayat dalam keadaan terlentang dengan kesan luka di kepala.

"Waris mangsa turut mengesahkan mayat itu keluarga mereka selepas membuat pengecaman.

"Mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa lalu dan mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 11:28 AM