Barisan pemanah compound negara pulang hampa apabila gagal meraih sebarang pingat di edisi ke-28 Sukan Universiti Dunia (Universiade).

Trio wanita Fatin Nurfatehah MatSalleh, Norhayati Al-Madihah Hashim dan Saritha Cham Nong dan individu lelaki Mohd Juwaidi Mazuki tewas dalam penentuan pingat gangsa semalam.

“Sedikit sedih kerana ramai yang mengharapkan kami meraih pingat namun gagal dipenuhi. Kami tidak tertekan kerana sudah melakukan yang terbaik.

“Mungkin kelebihan memihak lawan (Korea Selatan) beraksi di tempat sendiri. Mereka sudah boleh membaca keadaan di sini dengan mudah,” kata Fatin Nurfatehah yang diletakkan harapan tinggi di Gwangju.

Trio wanita negara kecundang dengan ketinggalan sembilan mata apabila mengumpul 222 mata.

“Kami berpuas hati dengan jumlah mata kerana ia lebih tonggi berbanding di Piala Dunia. Mungkin ada kesilapan individu,” tambah pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara itu.

Kekalahan trio wanita turut gagal ditebus Juwaidi yang akur kecundang kepada lawan dari Belgium Renaud Domanski.

Juwaidi hanya mampu mengumpul 140 mata, ketinggalan tiga mata kepada lawan selepas berakhirnya lima pusingan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 8:26 AM