Gwangju (Korea Selatan) : Trio memanah compound negara-Fatin Nurfatehah MatSalleh, Norhayati Al-Madihah Hashim dan Saritha Cham Nong tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa pagi tadi.

Trio negara terpaksa akur kepada lawan dari Korea Selatan apabila sekadar mengumpul 222 mata berbanding lawan 231 mata pada aksi di Pusat Memanah Antarabangsa Gwangju.

Kontinjen negara bagaimanapun berpeluang meraih pingat sulung di Sukan Universiti Dunia(Universiade) kali ini menerusi penentuan gangsa individu lelaki menerusi Mohd Juwaidi Mazuki pada petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 10:55 AM