Oleh Azlan Muhammad Zain


Gwangju (Korea Selatan): Harapan emas yang disandarkan kepada pasukan compound wanita negara musnah apabila tewas di separuh akhir di Pusat Memanah Antarabangsa Gwangju, hari ini.

Trio negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Norhayati Al-Madihah Hashim dan Saritha Cham Ning, terpaksa akur kepada lawan dari Russia yang mara ke final.

Malaysia sekadar meraih 223 mata, ketinggalan lima mata kepada Russia yang mengumpul 228 mata.

Mereka akan bertemu Korea Selatan di aksi penentuan pingat gangsa pada Selasa.

Terdahulu pemanah lelaki negara, Mohd Juwaidi Mazuki turut layak ke penentuan pingat gangsa pada hari yang sama selepas tewas di separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 3:28 PM