‘PELAKON’ iklan komersial Astro, Herman (kanan) turut hadir bersama bapanya.
‘PELAKON’ iklan komersial Astro, Herman (kanan) turut hadir bersama bapanya.
KECOH Mami Jarum Beraya 'kecoh' dengan lakonan  Kartina Aziz, Imuda dan Ezad Lazim.
KECOH Mami Jarum Beraya 'kecoh' dengan lakonan Kartina Aziz, Imuda dan Ezad Lazim.
LAKONAN Yus Jambu (kiri) bersama Awi Rafael  dalam telefilem Member Superstar Balik Raya.
LAKONAN Yus Jambu (kiri) bersama Awi Rafael dalam telefilem Member Superstar Balik Raya.
ZIZAN dalam program khas Aidilfitri Ini Raya Kita Punya.
ZIZAN dalam program khas Aidilfitri Ini Raya Kita Punya.


Kurang dua minggu lagi, Aidilfitri bakal menjelma dan bahang kemeriahannya semakin dirasai.

Selain berkumpul bersama keluarga dan sanak-saudara, lebih menyeronokkan dapat meluangkan masa bersama di depan TV.

Apatah lagi dengan program-program khas yang disusun stesen TV adalah rangkuman rancangan terbaik demi santapan penonton sepanjang.

Tidak terkecuali, dua stesen TV gergasi, Astro dan Media Prima Berhad baru-baru ini melancarkan program terbaik sempena Syawal ini.

Astro dengan tema Kosong-Kosong, Tiada Noktah Untuk Kemaafan tampil dengan keunikan apabila pertama kali mempersembahkan iklan komersial tanpa menggunakan khidmat selebriti.

Diinspirasikan daripada kisah benar mengenai bekas penagih memohon kemaafan daripada bapanya. Lelaki dikenali sebagai Herman dan bapanya sendiri membintangi iklan itu.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anwar Salleh berkata, iklan komersial Astro setiap tahun mendapat sambutan dan tontonan yang cukup hebat.

“Bertepatan dengan tema ini, kami rasa iklan berkenaan bakal menyentuh hati setiap penonton. Ia memang mencabar kerana ia bukan lakonan semula sebaliknya menggunakan watak sebenar iaitu Herman dan bapanya.

“Ketika penggambaran, kami perlu dapatkan saat-saat yang betul tulen. Maksudnya waktu yang betul-betul dapat memberi kesedihan kepada penonton,” katanya.

Selain iklan menyentuh hati itu, lebih 168 program istimewa termasuk 143 program baru bakal ditayangkan di Astro menerusi 16 salurannya sempena Aidilfitri ini.

“Program berjudul Menang Raya! antara yang tidak harus dilepaskan kerana pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi penonton. Pemenang bertuah bakal memenangi sebuah kereta selain berhibur dengan artis terkenal seperti Datuk Aznil Nawawi, Raja Azura, Johan dan Jihan Muse,” katanya.

Antara program khas raya Astro tahun ini ialah Gegar Vaganza Raya, Ketupat Jantung Hati, Rendang Dendang Dangdut, Raya! Raya! Raya!, Primadona Syawal, Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias, Karoot Komedia Raya, Ini Raya Kita Punya, Ceria Popstar Raya dan banyak lagi.

Ini termasuk drama yang mendapat sambutan hebat sebelum ini dengan versi telefilem raya seperti Maid Pun Nak Raya, Isteri Separuh Masa Raya, Suamiku Encik Beruang, Hantu Raya Tumpang Beraya, Cik Bunga Encik Sombong Raya dan Aku Benci Raya.

Bukan saja program tempatan, malah untuk tempoh sepanjang dua minggu Aidilfitri, beberapa filem hebat antarabangsa turut disajikan seperti Kabhi Kushi Kabhi Gam, Duplicate, Kal Ho Na Ho, Kuch Kuch Hota Hai, Mission Impossible 3, Transformers, Lara Croft Tomb Raider, The Italian Job, Kung Fu Panda dan Madagascar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 11:41 AM