Bekas anggota FT Island, Oh Won Bin mula melebarkan kerjaya lakonan ke layar perak apabila membintangi filem Yoo Jung. Ia mengisahkan perjalanan hidup dalam kejiranan biasa dari hari ke hari.

Setiap karakter akan berdepan pelbagai krisis dan konflik, malah mereka berusaha mengatasinya dengan harapan baru.

Won Bin memegang watak Soo Young yang pemarah kecuali kepada insan dicintainya. Kata Won Bin, dia gembira dan rasa terharu diberi peluang menjayakan filem itu.

Waktu sama, Won Bin akui gementar kerana dapat bekerja dalam satu filem bersama barisan pelakon yang jauh lebih hebat.

“Pada masa ini, saya banyak berlatih dan berusaha gigih untuk karakter Soo Young,” katanya teruja.

Turut menjayakan Yoo Jung ialah Jung Yeon Joo yang memegang watak pembantu dalam filem yang dijang­ka memulakan penggambaran bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:07 AM