Washington: Tiga terbunuh apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas ke atas sebuah rumah tetapi semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri dari rumah yang terbakar itu, semalam.

“Empat penghuni rumah itu berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak hampir memusnahkan keseluruhan rumah,” kata kenyataan polis Massachusetts.

Pesawat Beech A36 itu terhempas ke atas sebuah rumah di bandar Plainville, Massachusetts, kira-kira 56 kilometer di selatan Boston.

"Tiga orang dalam pesawat berkenaan terbunuh,” kata kenyataan itu.

Jabatan Penerbangan Persekutuan menyatakan pesawat itu berelepas dari Lapangan Terbang Lancaster di menuju Lapangan Terbang Peringatan Norwood di Massachusetts apabila ia terhempas. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 5:00 PM