GAMBAR fail, sebuah helikopter Bell 412 EP milik tentera Indonesia. - Agensi
GAMBAR fail, sebuah helikopter Bell 412 EP milik tentera Indonesia. - Agensi

Tarakan: Gabenor Kalimantan Utara Irianto Lambrie semalam berkata, semua kru helikopter Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terputus hubungan Khamis lalu disahkan terbunuh.

Helikopter Bell 412 EP itu dikatakan terhempas di Desa Long Sulit di daerah Mentarang Hulu di Malinau.

Ia terputus hubungan tiga minit selepas berlepas dari Tarakan, bandar di wilayah Kalimantan Utara dengan membawa 400 kilogram bekalan logistik ke Long Bawan, sebuah bandar terpencil berhampiran sempadan Malaysia.

“Saya memperoleh maklumat daripada penduduk di sana bahawa semua kru di dalam helikopter itu terbunuh,” kata Irianto kepada wartawan di Lapangan Terbang Juwata Tarakan.

Dalam pada itu, hospital di Tarakan dilapor sudah bersiap sedia untuk menerima mayat mangsa.

Bagaimanapun, sehingga petang semalam, belum ada laporan menyatakan mayat itu sudah dibawa keluar dari tempat ia terhempas. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 11:10 AM