MARITIM Malaysia Daerah Maritim 2 Pulau Pinang  menyelamatkan dua  mangsa  yang memakai jaket keselamatan terapung.
MARITIM Malaysia Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menyelamatkan dua mangsa yang memakai jaket keselamatan terapung.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: “Ombak yang pecahkan bot dinaiki kami tidak ubah seperti ombak tsunami yang dilihat di dalam filem Barat,” kata Ong Choo Peen, 54, selepas dia dan anaknya, Ong Chee Wee, 32, hanyut lebih 20 jam selepas bot mereka karam di perairan Kuala Kurau, Perak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam, dua beranak berkenaan hanyut di dalam laut dengan memakai jaket keselamatan selepas bot mereka pecah dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jam 5 petang, kelmarin.

Choo Peen berkata, pada awalnya laut berada dalam keadaan baik sebelum tiba-tiba bertukar bergelora.

Katanya, dia dan anaknya bertindak memakai jaket keselamatan selepas menyedari bot dinaiki mereka terhuyung-hayang akibat ombak tinggi.

“Selepas beberapa minit dipukul ombak kuat, bot mula pecah sebelum kami bertindak terjun ke laut bagi menyelamatkan diri selepas bot semakin karam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 5:33 AM