GAMBAR yang dimuat naik Zaiton.
GAMBAR yang dimuat naik Zaiton.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal era 80-an Zaiton Sameon, 58, mengakui hidupnya kini tenang selepas tampil bertudung, baru-baru ini.

Menurut penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Menaruh Harapan ini, dia mula memakai tudung sejak bulan lalu tapi dia tidak menghebahkan kepada umum.

"Selepas saya memuat naik gambar di laman Facebook, baru ramai yang bertanya.

"Niat untuk bertudung sudah lama apatah lagi memikirkan umur yang semakin meningkat. Penghijrahan ini adalah atas kesedaran diri sendiri," katanya.

Zaiton juga menjelaskan rezekinya tidak pernah putus sejak mula berhijab.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 2:46 PM