International Open College (IOC), sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang bernaung di bawah Kumpulan Meteor Sdn Bhd menawarkan program berkualiti dan berdaya saing di samping menyediakan sistem pembelajaran kondusif.

Sejajar dengan tiga objektif khusus Pelan Pemba-ngunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, IOC menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian (BIM).

Objektif utama program itu untuk menghasilkan graduan yang berkemampuan menggunakan pengetahuan dan pengurusan serta me-nganalisis strategi pengurusan dan perniagaan dalam pelbagai persekitaran.

Ketua Pegawai Eksekutif IOC, Prof Dr Siti Aishah Hashim Ali berkata, objektif lain ialah melahirkan graduan yang mempunyai keupayaan menganalisis dan menyelesaikan masalah perniagaan kritikal, secara logik, kreatif dan analitikal berdasarkan fakta yang kukuh bagi memenuhi keperluan pasaran global.

Beliau berkata, graduan BIM mempunyai peluang kerjaya luas meliputi sektor awam dan swasta.

"Lulusan BIM dapat berfungsi sebagai pegawai dalam bidang pengurusan, pemasaran, sumber manusia, penyelidikan, perundingan, industri pembuatan dan latihan, malah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di universiti awam atau swasta.

"IOC turut memperkaya sistem pembelajarannya yang berasaskan 'student-centered' dengan menggunakan kepakaran tenaga pengajar sedia ada daripada pelbagai fakulti di OUM, IPTA dan pakar industri berkaitan.

"Dengan ini, elemen ilmu pengetahuan sesuatu bidang dapat dijalinkan dengan aplikasinya dalam industri, sekaligus memberi nilai tambah kepada pelajar serta meningkatkan kebolehpasaran graduan kami," katanya.

Sistem pembelajaran teradun (e-Learning) yang diterapkan sejak ditubuhkan menjadikan kaedah pembelajaran yang unik.

Katanya, MyVLE digunakan sepenuhnya dalam proses membina hubungan antara pelajar dan pensyarah, selain pengajaran dan pembelajaran bersemuka di bilik kuliah.

"Selain bahan pengajaran dan pembelajaran, MyVLE juga dihubungkan dengan Digital Library dan sistem e-Pelajar yang amat bermanfaat untuk warga IOC, khususnya pelajar.

"Kami menawarkan banyak kemudahan pembelajaran kepada pelajar termasuk kemudahan asrama, pengangkutan dan Internet percuma sehinggalah bantuan biasiswa dan zakat," katanya.

Layari laman web, www.ioc.edu.my atau hubungi Mohamed Fauzi di talian 03-8926 500 untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:00 AM