PENUNTUT pengurusan diberi pendedahan menyeluruh aspek pengurusan organisasi.
PENUNTUT pengurusan diberi pendedahan menyeluruh aspek pengurusan organisasi.
Fazurawati Che Lah


PENGURUSAN merujuk kepada seseorang atau sekumpulan individu yang menjalankan fungsi atau tugas pengurusan dalam organisasi bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif.

Antara komponen penting yang perlu diuruskan termasuk penggunaan sumber manusia, kewangan dan teknologi.

Menyedari potensi bidang ini untuk jangka panjang, MSU College menawarkan Diploma Pengurusan di bawah School of Hospitality, Education & Business Studies (SHB) kepada mereka yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Program ini direka khusus bagi mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan isu semasa yang berkaitan dengan pengurusan dan perniagaan.

Ia juga melengkapkan pelajar dengan kemahiran khusus dalam bidang pengurusan serta memberi pendedahan menyeluruh dalam pelbagai aspek asas pengurusan organisasi termasuk pengurusan, pemasaran, kewangan, sistem pengurusan maklumat, pengurusan modal insan dan pelaksanaan strategi.

Mereka yang berminat untuk mengikuti program ini perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan

tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.

Di MSU College, penuntut disediakan dengan persekitaran pembelajaran kondusif dan dibimbing pensyarah berkaliber serta berpengalaman selain didedahkan dengan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh bagi membentuk mereka menjadi graduan kompeten.

Sebaik tamat pengajian diploma, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) melalui Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP) dan pelajar boleh membuat pindahan kredit ke tahun dua pengajian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 2:42 PM