AG Hot FM dan Heliza selaku duta Yeo’s.
AG Hot FM dan Heliza selaku duta Yeo’s.

Kedatangan bulan Ramadan bukan saja disambut dengan gembira, malah ada yang bersedih mengenang insan yang sudah pergi.

Begitu besar maknanya bulan suci ini terutama bagi umat Islam.

Kesempatan yang cuma ada sekali dalam setahun ini dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti kebajikan, sekali gus mengumpul pahala berlipat kali ganda.

Tidak terkecuali, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) menerusi produk minuman Yeo’s menganjurkan kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya.

Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi yang mewakili Rumah Kebajikan Opah Hasnah mengajak orang ramai sama-sama menyalurkan sumbangan melalui pembelian Yeo’s Soya.

Heliza yang berkesempatan melawat Rumah Kebajikan Opah Hasnah di Bukit Kuda, Klang melahirkan rasa sedih. Tatkala kebanyakan rumah kebajikan lain diurus dengan sempurna, rumah kebajikan ini cuma sebuah teratak yang dinamakan sempena nama pengasasnya, Opah Hasnah.

Ia bersaiz sederhana yang menempatkan hampir 20 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Hati Heliza dekat dengan kerja amal

Mengimbau penubuhan Rumah Opah Hasnah, ia berlaku secara kebetulan selepas ada insan tidak bertanggungjawab meninggalkan bayi mereka di pagar rumah Opah Hasnah.

Simpati dengan nasib bayi tidak berdosa itu, wanita berkenaan mengambil keputusan membesarkannya.

Selepas itu satu persatu keluarga kurang berkemampuan meminta Opah Hasnah menolong menjaga anak mereka. Meskipun kurang yakin, nenek berhati mulia ini tidak mampu menolaknya.

Kekurangan dana ternyata dirasai, tetapi itu bukan halangan untuknya terus melakukan sesuatu yang mulia.

Sementara itu, kerja kebajikan bukanlah sesuatu yang asing bagi Heliza. Tidak hanya memenuhi undangan daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO), malah Heliza bersama beberapa teman rapatnya mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Disebabkan hatinya begitu dekat dengan kerja kebajikan, Heliza terus bersetuju untuk turut serta dalam program yang dianjurkan Yeo’s ini.

“Mengunjungi rumah kebajikan sebegini sebenarnya amat bagus kerana ia dapat dijadikan terapi atau muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Individu yang menjaga insan kurang berkemampuan ini bukan sahaja akan mendapat keberkatan dalam hidup mereka, malah akan dikurniakan tempat yang dekat di sisi Rasulullah,” katanya.

Bagi Heliza, untuk melakukan kerja kebajikan tidak semestinya menuntut waktu yang lama ataupun kerap asalkan jangan tidak melakukannya langsung.

“Sumbangan biasanya dilihat dari segi wang ringgit. Meskipun nilainya sedikit, memadailah jika ia diberikan dengan seikhlas hati. Alternatif lain ialah dengan meluangkan masa mengunjungi kanak-kanak terbabit bagi menghiburkan mereka.

Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya

Pelopor minuman dan makanan Yeo’s sekali lagi tampil dengan inisiatif tanggungjawab korporatnya dengan melancarkan kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya.

Di samping beramal bersama bintang terkenal dengan memberi sumbangan, sekali gus membuat kebaikan, Yeo’s turut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah utama duit raya RM300,000 sepanjang 42 hari kempen ini.

Pemenang tempat kedua bakal membawa pulang wang tunai RM15,000 dan hadiah ketiga RM10,000.

Bukan itu sahaja, RM3,000 turut ditawarkan setiap hari kepada 42 peserta bertuah manakala 10 lagi peserta layak menang duit raya bernilai RM300.

Layari www.yeos.com.my/beramalbersamabintang untuk maklumat selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 10:21 AM