AJAK Shiro tidak keberatan menghiburkan anak yatim.
AJAK Shiro tidak keberatan menghiburkan anak yatim.

Kedatangan Ramadan ditunggu-tunggu setiap tahun dengan penuh keterujaan. Nikmat Ramadan yang tidak terhingga menjadikannya begitu bermakna dan tiada seorang pun enggan melepaskannya.

Selain berpuasa, bulan ini juga mengubah individu menjadi lebih baik, dan salah satunya ialah dengan menderma kepada golongan yang memerlukan.

Menyedari kelebihan Ramadan perlu direbut, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) menerusi jenama terkenalnya, Yeo’s melancarkan kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya.

Pelawak Ajak Shiro antara salah seorang selebriti yang terbabit dalam kempen ini. Setiap pembelian Yeo’s Kundur akan membantu Ajak menyalurkan sumbangan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang, Klang.

Demi kempen ini, Ajak sudi meluangkan masa melawat rumah kebajikan itu.

Meskipun hujan lebat, situasi itu langsung tidak merencatkan hasrat Ajak untuk melawat adik-adik di situ, sekali gus mengenali mereka.

Sampai saja di sana, Ajak mengambil inisiatif terus masuk ke bilik adik-adik lelaki dan terus menyapa. Selepas sesi berkenalan itu, Ajak terus menyanyikan beberapa lagu sambil memetik gitar.

Walaupun agak terkejut dengan kehadiran Ajak ke bilik mereka, adik-adik di situ tampak cepat menyesuaikan diri.

Tanggapan awal Ajak sekadar pelawak terus bertukar dan mereka dapat melihat Ajak bak seorang abang yang mengambil berat.

Ajak turut merasai dan memahami

Selepas dibawa meninjau persekitaran rumah kebajikan itu, tidak sah rasanya jika tidak menonton sesi lawak komedi.

Istimewanya hari itu, bukan Ajak yang membuat persembahan, sebaliknya dia mencabar adik-adik melakukannya.

Awalnya mereka agak terkedu, tetapi selepas diberikan kata-kata semangat oleh Ajak mereka akhirnya menyahut cabaran.

Selesai membuat pembahagian kumpulan, satu persatu daripada kumpulan mereka mengambil giliran membuat persembahan di depan Ajak yang mereka minati.

Menghargai percubaan itu dan sebagai peniup semangat kepada adik-adik untuk terus berjaya, Ajak secara peribadi sudi memberikan hadiah wang tunai. Terkejut dengan tindakan spontan dan kemurahan hati Ajak, kumpulan yang memenangi tempat pertama itu tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan teruja mereka.

“Ramai yang tak sedar banyak rumah kebajikan yang ada sekarang dan menempatkan adik-adik yang kurang bernasib baik. Golongan yang berkemampuan pula mungkin terlepas pandang dek kesibukan mereka. Sebenarnya rakyat Malaysia ramai yang memiliki kemurahan dan kelembutan hati, jadi harap-harapnya kita tergolong dalam kelompok itu.

“Kita mampu membantu adik-adik ini untuk mendapat keselesaan dan masa depan yang cerah meskipun hanya dengan sumbangan yang sedikit,” katanya.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang ini diasaskan sejak 1949 oleh Haji Ismail dan tanahnya diwakafkan isterinya, Siti Sufiah Haji Sulaiman.

Kini ia dihuni 48 remaja dan kanak-kanak lelaki serta perempuan berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Pengurusnya, Bani melafazkan kesyukuran kerana mereka terpilih untuk turut serta dalam program Ramadan Yeo’s ini.

“Saya menghargai keprihatinan pihak Yeo’s dan menerima kerjasama ini dengan rasa besar hati. Sudah tentu sumbangan yang dihulurkan amat bermakna kerana dapat membantu kelangsungan hidup penghuni di sini.

“Diharap program ini akan membuka mata ­banyak pihak, sekali gus akan bermurah hati memberikan sumbangan,” katanya.

Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya

Sebagai pelopor minuman dan makanan, Yeo’s mengajak orang ramai untuk memanfaatkan kelebihan yang ditawarkan sepanjang Ramadan ini dengan membantu golongan yang serba kekurangan.

Niat baik untuk menderma turut dibalas baik oleh Yeo’s dengan memberikan peluang untuk memenangi duit raya yang keseluruhannya bernilai RM300,000.

Setiap pemberi sumbangan boleh merebut hadiah utama sebanyak RM30,000, RM15,000 (hadiah kedua) dan RM10,000 (hadiah ketiga).

Duit raya bernilai RM3,000 juga ditawarkan sebagai 42 hadiah harian manakala 10 lagi pemenang bertuah harian pula boleh mendapat RM300 yang ditawarkan sepanjang 25 Mei lalu sehingga 5 Julai ini.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di www.yeos.com.my/beramalbersamabintang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:07 AM