PUAN masih sihat dan mampu melakukan kerja di dapur.
PUAN masih sihat dan mampu melakukan kerja di dapur.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Padang Terap: Rekod rasmi wanita tertua dunia adalah Gertrude Weaver, 117, dari Arkansas, Amerika Syarikat, namun seorang warga emas di sini mendakwa dia berusia 119 tahun, sekali gus menjadikannya wanita tertua dunia.

Dakwaan Puan Ahmad yang tinggal bersama adiknya Embun, 90, di Kampung Janing, Kuala Nerang, di sini, turut disokong bukti dalam MyKadnya.

Bagi Puan, antara rahsianya kekal sihat ialah sentiasa bersemangat dan kuat untuk menjalani ibadat berpuasa seraya bersyukur kepada Allah diberikan kesihatan baik termasuk penglihatan tidak kabur.

Dia akan bangun sahur seawal jam 4 pagi dan menjalani ibadat puasa seharian tanpa rasa penat walaupun lanjut usia.

Menurutnya, dia tidak mempunyai amalan tertentu atau rahsia penjagaan diri kerana menjamah makan sama seperti orang lain, namun hanya mengamalkan minum air masak dan bukan minuman ais.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 7:30 AM