GAMBAR menunjukkan kotak berisi piza berselerakan di jalan raya di Little Rock, Arkansas, kelmarin.  - Agensi
GAMBAR menunjukkan kotak berisi piza berselerakan di jalan raya di Little Rock, Arkansas, kelmarin. - Agensi

Little Rock: Sebuah lebuh raya di Arkansas, Amerika Syarikat terpaksa ditutup selama empat jam untuk membolehkan pekerja memungut piza yang bertaburan di tengah jalan.

Kejadian berlaku selepas sebuah treler 18 tayar yang membawa piza beku melanggar tiang sebuah jambatan menyebabkan ratusan kotak piza yang dibawanya bertaburan di jalan raya di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Arkansas.

Jurucakap polis, Danny Straessle berkata, jambatan berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk.

Menurut polis, mereka terpaksa menggunakan sebuah traktor untuk memungut piza yang bertaburan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2017 @ 6:06 AM