Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Penjaga gol utama skuad hoki negara S Kumar percaya Roslan Jamaluddin (gambar kecil) mampu menggalas tugas dengan baik di saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang sedang berlangsung ketika ini selepas dia terpaksa pulang ke Malaysia berikutan kematian anak keduanya, Haarshenn minggu lalu.

Kumar yang ditemui selepas menerima lawatan daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dikediamannya semalam berkata, Roslan adalah seorang penjaga gol berpengalaman.

“Saya sendiri ada menasihatkannya supaya terus fokus kepada setiap perlawanan dan tidak perlu memikirkan tentang diri saya.

“Saya minta dia fikirkan soal untuk layak ke Sukan Olimpik. Dia adalah antara penjaga gol terbaik di negara ini dan cukup berpengalaman.

“Saya yakin dengan kemampuannya sebab kami pernah bermain bersama-sama. Saya ada kelebihan sendiri, begitu juga dengan Roslan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 7:10 AM