MURID ceria bersama basikal yang diterima.
MURID ceria bersama basikal yang diterima.
Oleh Fauzi Rahim Mustafa


Perasaan gembira tergambar pada wajah 160 murid ketika menerima bantuan basikal percuma pada satu majlis di Merbok, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Bantuan itu bagi meringankan bebanan ibu bapa terutama yang kurang kemampuan, selain memudahkan murid terbabit berulang-alik ke sekolah.

Ahli Parlimennya, Prof Dr Ismail Daut berkata, program itu sebahagian khidmat komuniti bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, menerusi pemberian bantuan itu diharap juga dapat menyuntik semangat murid untuk ke sekolah, selain memberi motivasi kepada mereka agar berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Program ini mendapat kerjasama penuh daripada banyak pihak yang berusaha merealisasikannya bagi membantu golongan yang berhak menerima bantuan.

“Diharap dengan pemberian ini bukan saja meringankan bebanan ibu bapa, malah menjadi pemangkin kepada murid terbabit untuk mencapai kejayaan dalam akademik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 10:11 AM