DR Mohd Shukri (tengah) bersama graduan sebaik tamat Majlis Istiadat Konvokesyen ke-17 MSU di kampusnya di Shah Alam, baru-baru ini.
DR Mohd Shukri (tengah) bersama graduan sebaik tamat Majlis Istiadat Konvokesyen ke-17 MSU di kampusnya di Shah Alam, baru-baru ini.

Management & Science University (MSU) menyediakan peruntukan RM350,000 sebagai biasiswa kepada 44 graduan terbaik bagi mendorong mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di MSU.

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, graduan cemerlang itu akan

diberikan biasiswa mengikut jumlah yang ditetapkan.

Beliau berkata, biasiswa RM18,000 diberikan kepada penerima Pingat Emas Canselor, RM15,000 kepada penerima Anugerah Presiden dan RM15,000 kepada penerima Anugerah Mohd

Syukri Yajid Outstanding Award.

“Bagi penerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri pula, masing-masing menerima biasiswa sebanyak RM10,000 dan RM5,000 setiap graduan,”katanya.

Pada majlis konvokesyen itu seramai 1,234 graduan menerima skrol yang disempurnakan Canselor MSU, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Katanya, pemberian biasiswa berkenaan adalah sebagai salah satu usaha MSU untuk meningkatkan jumlah pelajar Pasca Siswazah di universiti itu.

Dalam pada itu beliau berkata, MSU melalui Pelan Strategik 10 tahun

(2011-2020) menekankan pengalaman pembelajaran menyeluruh yang merangkumi enam teras utama iaitu pengalaman pembelajaran, sistem penyampaian pembelajaran, persekitaran pembelajaran, inovasi & penyelidikan, pengantarabangsaan dan kampus hijau.

“Ia selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pengajian Tinggi) dalam usaha negara melahirkan graduan holistik serta memenuhi 10 anjakan digariskan PPPM,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 10:08 AM