Dadah, pistol, wang tunai, beg dan dokumen yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Dadah, pistol, wang tunai, beg dan dokumen yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Oleh Shamsul Munir Safini

Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditahan bersama 1.5 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM100,000 dan dua pucuk pistol di Jalan Impian Ria, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian 2 pagi itu, suspek berusia 33 tahun itu dikesan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry di Taman Desa di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, menyedari kehadiran polis suspek

bertindak keluar dari kenderaannya dan melarikan diri ke arah kawasan perumahan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, lelaki yang berasal dari Kulim, Kedah itu ditahan selepas berlaku pergelutan antara mereka.

“Pemeriksaan di dalam beg sandang yang digalas lelaki itu, polis menemui dua plastik besar dipercayai dadah jenis

syabu seberat 1 kg dan sepucuk pistol beserta 12 butir peluru.

"Pemeriksaan lanjut dalam kereta, polis menemui satu beg berisi 19 paket dipercayai dadah jenis syabu seberat 500 gram dan sepucuk lagi pistol berserta 15 butir peluru.Turut ditemui 32 butir peluru dan wang

tunai RM14,000," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2015 @ 12:44 PM