Oleh Asrol Awang


Kuantan: Kapten Tok Gajah, Mohd Razman Roslan (kanan) menegaskan biarpun kini selaku pendahulu Liga Super, kedudukan itu belum selesa dan memerlukan komitmen tinggi semua pemain untuk mengekalkan momentum prestasi.

Justeru, pemain pertahanan itu mahu rakan sepasukan mempamerkan prestasi cemerlang menyekat lawan daripada merampas kedudukan.

“Saya harap beraksi pada bulan Ramadan akan memihak kepada Pahang kerana saingan liga masih terbuka buat semua pasukan,” katanya, semalam.

Pahang kini mengutip 20 mata, diikuti PDRM dan Johor DT, masing-masing 18 mata dan Perak, Selangor serta FELDA United FC, 17 mata.

Justeru, Razman berkata, misi Tok Gajah adalah memburu tiga mata berharga.

Katanya, berdasarkan sesi latihan serta aksi persahabatan, Pahang sudah cukup bersedia menghadapi perlawanan sepanjang Ramadan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 11:16 AM