Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat Bazar Ramadan di Presint 3, di sini.

Beliau turut dilihat membeli dua bungkus air tebu yang dijual peniaga Mohd Asri Jamaluddin, 35.

Juadah lain yang turut dibeli adalah murtabak ayam, mee sup dan pasembor.

Turut sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sti Aseh Che Mat.

Terdahulu Perdana Menteri melancarkan Festival Ramadan Putrajaya 2015 yang diadakan dari hari ini hingga 16 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 6:25 PM