69 musnah terbakar di kawasan setinggan. FOTO ihsan Bomba
69 musnah terbakar di kawasan setinggan. FOTO ihsan Bomba
69 musnah terbakar di kawasan setinggan. FOTO ihsan Bomba
69 musnah terbakar di kawasan setinggan. FOTO ihsan Bomba
Oleh Junaidi Ladjana

Kudat: Enam puluh sembilan rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan Kampung Pantai Bahagia, dekat sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira 2 petang itu bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadam kebakaran giat dilakukan anggota bomba.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.02 petang tadi sebelum sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi usaha memadam kebakaran.

"Kebakaran membabitkan rumah setinggan di kawasan persisiran pantai dan memusnahkan sebanyak 69 rumah.

"Sehingga kini, usaha memadam kebakaran giat dilakukan pasukan bomba serta dibantu pasukan bomba sukarela Kampung Air," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 6:50 PM