Salah seorang mangsa dibawa ke Hospital Melaka menggunakan ambulans JPAM. Besi khemas yang terpacak di papan tanda Medan Selera Telok Mas (gambar kecil). FOTO ihsan JPAM dan pembaca
Salah seorang mangsa dibawa ke Hospital Melaka menggunakan ambulans JPAM. Besi khemas yang terpacak di papan tanda Medan Selera Telok Mas (gambar kecil). FOTO ihsan JPAM dan pembaca
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Dua lelaki pengunjung pasar malam di Telok Mas, di sini, cedera akibat terkena besi khemah yang diterbangkan angin akibat ribut malam tadi.

Kejadian pada 9.30 malam itu berlaku ketika hujan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka berkata, seorang daripada mangsa dihantar ke pusat perubatan berhampiran dengan bantuan orang ramai manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Melaka menggunakan ambulans JPAM.

Difahamkam, kedua-dua mangsa berusia 30-an cedera di kepala dan badan.

Menurut sumber, kejadian ribut itu tidak menjejaskan khemah peniaga pasar malam kerana hanya membabitkan khemah yang dipasang untuk peniaga pasar Ramadan.

Khemah yang berterbangan itu turut terpacak di papan tanda Medan Selera Telok Mas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 10:49 AM