Oleh Rizanizam Abdul Hamid

 

Kuala Lumpur: Hanya 2.2 peratus atau kira-kira 660,000 daripada 30 juta rakyat negara ini tampil sebagai penderma darah, lebih rendah daripada bilangan penderma di negara maju iaitu 3.5 hingga lima peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, keadaan itu berpunca daripada sebilangan rakyat yang masih belum dapat mengikis persepsi negatif untuk menderma darah.

"Secara purata, kita memerlukan hampir 2,000 beg darah untuk kegunaan 925 pesakit setiap hari justeru sumbangan penderma darah amatlah diharapkan kerana ia dapat membantu penerima darah meneruskan kehidupan.

"Pada tahun lalu, sebanyak 675,315 beg darah dikutip dan diproses untuk kegunaan 337,807 pesakit," katanya pada ucapan perasmian Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 10:31 AM