LATIF Murataj menunjukkan pokok kurma yang berbuah lebat di kawasan Bulatan Jam Besar, Kota Bharu.
LATIF Murataj menunjukkan pokok kurma yang berbuah lebat di kawasan Bulatan Jam Besar, Kota Bharu.
Oleh Azli Shafii

Kota Bharu: Berkat Ramadan mungkin menyebabkan pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan di bandar ini berbuah lebat sejak beberapa minggu ini.

Tahun lalu, pohon sama turut mengeluarkan banyak buah hingga menjadi tumpuan pada Ramadan, terutama lebih 10 pohon di Bulatan Jam Besar di tengah bandar.

Secara keseluruhan, Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menanam 37 pohon sebagai tanaman hiasan di seluruh bandar untuk mengindahkan lagi sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon yang sudah ditanam lapan tahun lalu mula berbuah pada hujung Mei 2014 dan menjadi tarikan baru kepada orang ramai.

“Kebetulan ia berbuah pada Ramadan, menambah lagi kemuliaan pada bulan itu dan tahun ini, pohon kurma sama berbuah dan paling menonjol di Bulatan Jam Besar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 8:11 AM