POKOK  kurma  di sekitar Persiaran Persekutuan, Presint 1 mula berbuah.
POKOK kurma di sekitar Persiaran Persekutuan, Presint 1 mula berbuah.
HM Digital

Putrajaya: Beberapa pokok kurma yang ditanam di sekitar Persiaran Persekutuan, Presint 1 di sini, dilihat mula mengeluarkan buah.

Jurucakap Perbadanan Putrajaya (PPj) ketika dihubungi berkata, pokok kurma berkenaan pertama kali berbuah sejak ia ditanam empat tahun lalu.

“Ia ditanam untuk menaik taraf landskap di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di sini dan terdapat 41 pokok kurma ditanam di sekitar Putrajaya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, PPj melalui laman sosial Facebooknya memuat naik beberapa gambar menunjukkan pokok itu mula mengeluarkan buah
berwarna kehijauan.

“Salam Ramadan hari ke-10. Alhamdulillah bumi Putrajaya makmur dan subur. Pohon kurma ditanam di sekitar Putrajaya berbuah. Boleh tahan lebat dan saiz buahnya besar juga, tak lama lagi masaklah.

“Pohon kurma ini sebahagian daripada elemen tanaman landskap menghiasi jalan protokol di Putrajaya.

“Kebetulan Team (kumpulan) Penyelenggaraan Landskap melaksanakan kerja rutin dan pemantau ternampak, jadi mereka rakam dan kongsi untuk tatapan semua,” katanya dalam status yang dimuat naik
di laman Facebook, Perbadanan Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mei 2018 @ 6:53 AM