ZALMAN memberi ucapan ketika majlis pelancaran. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
ZALMAN memberi ucapan ketika majlis pelancaran. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Xpax, jenama utama perkhidmatan prabayar Celcom Axiata Bhd, telah melancarkan pakej edisi terhad kad sim terbarunya, Magic SIM.

Pakej permulaan Xpac Magic SIM bernilai RM5 didatangkan dengan asas Internet percuma, berkelajuan 200 Megabait (MB) dan panggilan selama 20 minit percuma termasuk SMS ke nombor Celcom yang lain tanpa caj.

"SIM tersebut adalah contoh kepada matlamat kami untuk menjadi peneraju Internet dan memastikan masyarakat disambungkan dengan kelajuan 4G di dalam rangkaian kami," kata Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin kepada pemberita ketika majlis pelancaran Magic SIM tersebut di sini hari ini.

Katanya, Magic SIM akan membantu meningkatkan kemampuan di kalangan pelanggan dan meluaskan akses jalur lebar.

Pakej Magic Box ini melibatkan satu set pelan Internet serendah RM1 sehari selama 60 MB sesaat kepada RM25 sehari untuk Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB, katanya.

"Pelanggan boleh melanjutkan tempoh sah kredit mereka dengan membawa data Internet yang tidak digunakan ke hadapan dengan caj RM1 serta 300 MB internet berkelajuan tinggi percuma dan 30 panggilan atau SMS percuma setiap kali mereka menambah nilai," kata beliau.

Katanya, Xpax mewakili lebih separuh daripada 10.2 juta pelanggan prabayar Celcom, manakala Magic SIM dijangka akan mengembangkan lagi asas pelanggannya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 9:48 PM