Oleh Ramlah Zainal


Bukan saja berada dalam kelompok artis popular, Siti Saleha, 25, juga pelakon rebutan produser dan pengarah drama serta filem ketika ini.

Justeru tidak hairanlah, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang menempa nama menerusi drama Nora Elena ini tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon yang kebanyakannya sebagai watak utama dalam drama dan filem.

Namun, pelakon jelita yang lebih mesra disapa Saleha, 25, ini nampaknya tidak tamak merebut segala tawaran yang datang sebaliknya dia sentiasa selektif dalam watak ditawarkan sejak dulu.

“Saya sentiasa mencabar diri dan cuba membuatkan setiap watak itu penuh warna-warni. Alhamdullilah, hingga sekarang dalam drama dan filem saya sentiasa diberi kepercayaan membawa watak utama.

“Setakat ini, saya gembira dengan apa yang dikecapi ketika ini. Saya sentiasa memilih watak dan masa yang tepat. Saya tidak mahu wajah terlalu kerap muncul di kaca TV hingga penonton bosan dan tiada lagi nilai eksklusif,” kata pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharom ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 6:53 AM