MAYAT mangsa ditemui kira-kira 1.5 kilometer daripada tempat kejadian. FOTO Mohd Rizal Abdullah
MAYAT mangsa ditemui kira-kira 1.5 kilometer daripada tempat kejadian. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Oleh Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Mayat mangsa terakhir dalam tragedi perahu karam di Sungai Kemena, Bintulu dijumpai, malam tadi.

Mangsa, Liong Anak Ganeng, 9, dijumpai pada 10.30 malam tersangkut di tongkang kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu William Baheng berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring dengan kaki tersangkut di tongkang berkenaan.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat sebelum diserahkan keluarganya.

"Sejurus penemuan mayat terakhir, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan," katanya.

Pagi tadi, seramai lima mangsa ditemui antara 7 sehingga 11.15 pagi.

Selain Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, operasi turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 12:12 AM