Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad


Kuala Lumpur: Malaysia bukan saja dirahmati dengan kepelbagaian etnik, budaya, bahasa dan agama bahkan mendapat banyak manfaat daripada interaksi positif antara komuniti sekali gus membawa kepada kemakmuran negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, untuk itu rakyat wajar berterima kasih kepada pejuang negara yang mengabadikan kehidupan mereka untuk perpaduan dan pembinaan negara bangsa.

"Perlu diingati keamanan bukan hanya usaha individu atau kumpulan tertentu tetapi memerlukan kerjasama semua pihak yang mendambakan kehidupan bersama dalam aman dan harmoni, " katanya dalam buku program sempena perasmian pergerakan Kristian baru iaitu Christian For Peace & Harmony (CPHM) di sini, hari ini.

Najib berkata, beliau gembira melihat CPHM bersama-sama memainkan peranan untuk mempromosikan keamanan dan keharmonian di Malaysia serta memperjuangkan kedamaian dalam kepelbagaian masyarakat.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan tepat pada masanya untuk menggerakka kekuatan sebenar negara yang bergantung kepada penerimaan perbezaan orang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 10:19 PM