PELAJAR Kolej Taylor’s bergambar kenangan selepas program berlangsung.
PELAJAR Kolej Taylor’s bergambar kenangan selepas program berlangsung.
WAJAH kanak - kanak Kemboja bersama pelajar Kolej Taylor’s sewaktu aktiviti di dalam kelas berlangsung.
WAJAH kanak - kanak Kemboja bersama pelajar Kolej Taylor’s sewaktu aktiviti di dalam kelas berlangsung.

Bertujuan memberi pendedahan kepada pelajarnya untuk merasai kesusahan hidup masyarakat kurang bernasib baik, pelajar Diploma International Baccalaureate Taylor’s College (IBDP) menganjurkan program lawatan ke Beng Mealea, Kemboja, baru-baru ini.

Program lima hari itu sebahagian projek Pembelajaran Perkhidmatan Lestari pelajar sebagai saluran menerapkan komponen CAS (Creativity, Action, Service) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara aktiviti diadakan termasuk mengajar bahasa Inggeris menerusi lagu dan permainan selain membina laluan berjalan kaki untuk memudahkan mereka berjalan kaki ke sekolah pada musim hujan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 9:59 AM