MOHAMAD Fitri Pauzi diiringi anggota polis di mahkamah. FOTO Mohd Rizal Abdullah
MOHAMAD Fitri Pauzi diiringi anggota polis di mahkamah. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Dua lelaki di dakwa di Mahkamah Majistret Miri, di sini, hari ini bersabit kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong.

Tertuduh, Mohamad Fitri Pauzi, 29, dituduh membunuh Bill Kayong pada jam 8.20 pagi di Persimpangan Lampu Isyarat berhampiran pasar raya E-Mart, Jalan Miri-Kuala Baram pada 21 Jun lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Manakala Lie Chang Loon, 37, bersama tiga lelaki yang masih bebas dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama kerana bersubahat bersama Mohamad fitri ketika kejadian.

Pertuduhan dibaca dihadapan majistret Lovely Natasya dan pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Iskandar Ahmad.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, dua suspek lain dibebaskan tanpa syarat, manakala empat individu lagi ditahan semula mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Menurutnya, pihaknya kini sedang mengesan tiga individu lain yang terbabit dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 11:58 AM