RAMPASAN air ketum yang dirampas dari sebuah rumah di Taman Keramat.
RAMPASAN air ketum yang dirampas dari sebuah rumah di Taman Keramat.
Oleh Nabihah Kamal

Ampang: Campur air ketum bersama ubat batuk untuk dapat kesan ‘lalok’ berganda. Itu dilakukan tiga lelaki tempatan yang dikesan aktif menjual dua jenis cecair berbeza itu kepada orang ramai.

Suspek berusia 40-an itu dikesan turut menawarkan air ketum sejuk yang dimasak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk semalaman.

Kegiatan jenayah itu bagaimanapun ditumpaskan selepas suspek ditahan ketika sedang leka memasak air ketum di dapur sebuah premis berhampiran Taman Keramat di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 10 malam itu, suspek berjaya diberkas selepas dipercayai bergerak aktif mengedarkan air ketum dan ubat batuk di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, hasil pemeriksaan polis di premis itu menemui dua periuk besar berisi air dan daun ketum sedang direbus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 7:05 AM