AIR rebusan ketum yang dirampas polis.
AIR rebusan ketum yang dirampas polis.

Kuala Lumpur: Pernah dihukum mahkamah kerana menjual air daun ketum. Namun, seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak serik apabila masih menjual air rebusan daun khayal itu bersama cecair ubat batuk.

Campuran dua cecair itu dipercayai boleh membuatkan penagih memperoleh kesan khayal berganda selain dijadikan alternatif menggantikan dadah heroin atau syabu.

Kegiatan itu dibongkar selepas polis menyerbu sebuah premis di Taman Keramat, Ampang di sini, jam 9.40 malam kelmarin, yang dijadikan lokasi merebus dan membungkus air daun ketum.

Difahamkan suspek lelaki berusia 34 tahun itu sebelum ini pernah ditahan polis pada Mei lalu dan sudah dikenakan denda sebanyak RM6,000 atas kesalahan sama.

Sumber polis berkata, suspek ditahan bersama enam rakan lain di premis perniagaan itu ketika sedang berkumpul di sebuah meja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 9:22 AM