CHANDRA (kanan) meninjau lokasi lelaki warga asing yang dikhuatiri lemas selepas terjun laut di Teluk Sepanggar. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
CHANDRA (kanan) meninjau lokasi lelaki warga asing yang dikhuatiri lemas selepas terjun laut di Teluk Sepanggar. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Gara-gara mahu mengelak daripada dicekup polis, lelaki warga asing dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut di Teluk Sepanggar berhampiran Sabah Port dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Anthony Muribin, 20, bersama tiga rakannya yang menaiki kereta, ditahan polis untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua imdividu terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

"Dua daripada mereka berusia 20 dan 35 tahun berjaya ditahan.

"Manakala dua lain melarikan diri termasuk suspek yang terjun ke laut sebelum hanyut," katanya.

Chandra berkata, operasi mencari masih giat dijalankan pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 11:22 AM